Sunday 3 June 2012

Beberapa Persoalan Mengenai BIOZONE CAR STERILIZER



Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

Beberapa Persoalan Mengenai PREMIUM BEAUTIFUL NATURAL WASH




Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.

Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.

Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?
Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.

Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash? 
Bau haruman bunga-bungaan.

Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?

  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
  3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
  4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.


MARINE ESSENCE BEAUTY BAR : Kelebihan Menggunakannya



Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

Bahan-Bahan Utama

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit.
- Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Tuesday 22 May 2012

Beberapa Persoalan Mengenai NURICH LACTO-LITE



Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.

Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.

Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan, menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.

Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.

Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu, Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).

Sunday 20 May 2012

Beberapa Persoalan Mengenai HAI-O GARAM BULUH (BAMBOO SALT) PREMIER DRINK



Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.

Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.

Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.

Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?
Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.

Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?
Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya

Wednesday 9 May 2012

Beberapa Persoalan Mengenai HERBA MAHARANI (Beijing Te Zhi Bai Feng Wan)



Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.

Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan.

Tuesday 8 May 2012

Beberapa Persoalan Mengenai CELGYNIC



Celgynic merupakan nutrien yang dihasilkan berasaskan sains perubatan zaman moden demi memenuhi keperluan nutrisi badan manusia. Ia adalah makanan kesihatan ideal yang  menggabungkan penggunaan ramuan nutrisi semulajadi yang tanpa sebarang bahan tambahan iaitu kuning telur dan pelbagai herba yang bernilai, pemprosesan menerusi teknologi tinggi, dan penambahan dengan pelbagai jenis nutrien. Antaranya kaya dengan kuning telur, asid lemak, pelbagai jenis bahan mineral seperti zink, kalsium, fosforus dan 7 elemen lain yang diperlukan serta bahan aktif. Ramuan Celgynic berkesan untuk mencantikkan wajah, anti penuaan dan meningkatkan metabolisme badan.

Apakah itu lesitin yang terkandung dalam Celgynic?
Nutrien lesitin yang terkandung dalam Celgynic adalah diekstrak daripada kuning telur. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan membran sel badan manusia. Ia dapat memperbaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel terutamanya sel-sel otak, jantung, hati dan kelenjar, menjadikan sel seluruh badan lebih sihat. Ia juga dapat menurun dan menguraikan kolesterol dalam darah, melancarkan kapilari darah dan peredaran darah.

Adakah Celgynic dapat mengubati diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi?
Celgynic kaya dengan lesitin. Lesitin mempunyai fungsi mengemulsi dan mengurai lemak, mengurangkan masa lemak berada di dinding dalaman saluran darah, menggalakkan kehilangan plak arterosklerosis. Menurut kajian yang dijalankan, kekurangan lesitin akan menyebabkan fungsi pankreas menurun, kegagalan merembes insulin yang mencukupi, mengakibatkan gula yang berlebihan berada dalam darah, dan seterusnya menyebabkan gula darah tinggi. Maka lesitin dapat membantu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Bolehkah Celgynic diganti dengan pengambilan sebiji telur kuning setiap hari?
Walaupun telur kuning kaya dengan lesitin, tetapi kandungan kolesterol dan lemak tak tepu di dalamnya juga sangat tinggi. Pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan saluran darah jantung dan otak. Selain itu, Celgynic kaya dengan herba bernilai, dapat membekalkan pelbagai jenis unsur mineral dan unsur aktif untuk badan, dan amat bermanfaat untuk kesihatan.

Apakah cara pengambilan Celgynic?
Dua kali sehari selepas makan pagi dan malam, 4 hingga 6 biji setiap kali.

Siapakah yang perlu mengambil Celgynic?
Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah, warga tua, pelupa serta mereka yang perlu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Siapakah yang tidak perlu mengambil Celgynic?
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil Celgynic.

Adakah Celgynic memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Celgynic telah memperolehi kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Institut Pemeriksaan dan Penyeliaan Kebersihan Makanan China, boleh dijual secara sah di pasaran.

Friday 4 May 2012

Beberapa Persoalan Mengenai BIOZONE Food Purifier




Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.

Beberapa Persoalan Mengenai BIO AURA Water System


Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan 6  penapisan berperingkat  untuk membersih, mengalkali and memberi  tenaga kepada air minuman secara optimum.

Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?
Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.

Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?
Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.

Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System? 
1 tahun warranti dari tarikh pembelian.

Perlukan saya menukar kesemua penapis dalam masa yang sama?
Tidak. Anda hanya perlu menukar setiap penapis dalam masa yang berlainan mengikut jadual  penukaran.  Penapis A, B, C = 1 tahun, Penapis D, E     = 3 tahun dan Penapis F = 5 tahun.

Monday 2 April 2012

PAKEJ SLIMMING


PREMIUM BEAUTIFUL


CORSET PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL  membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Pemakaian - Dicadangkan pemakaian sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk kesan yang lebih efektif

Maklumat lanjut : Kebaikan Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL

_________


Hai-O Garam Buluh Premier Drink

Khasiat Semula Asli untuk Kehidupan Kini

Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro seperti magnesium, kalsium dan kalium, menyeimbangkan nilai pH badan dan membantu menyingkirkan bahan buangan badan.

Cara pengambilan - Bancuhkan sebungkus Hai-O Garam Buluh Premier Drink dengan 200ml air suam atau jus buah-buahan. Kacau dengan rata dan hidangkan.

Maklumat lanjut : Garam Buluh - Bamboo Salt Premier Drink

__________


Nurich Lacto-Lite Yogurt with Live Culture & Inulin Powder Drink

Penghadaman Baik . Badan Sihat
Langkah Pencegahan untuk Menjamin Kesihatan Badan

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan anda.

Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik (friendly bacteria) yang berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.

Kedua-dua kultur hidup dan inulin digunakan bersama untuk menyeimbangkan flora usus dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

Cara pengambilan - Campurkan sebungkus Nurich Lacto-Lite dengan 200ml air suam, jus buah-buahan atau minuman lain. Sebungkus setiap pagi dan malam.

Maklumat lanjut : Nurich Lacto Lite

Saturday 31 March 2012

PAKEJ BERSALIN


PREMIUM BEAUTIFUL

CORSET PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL  membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.


Pemakaian - Dicadangkan pemakaian sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk kesan yang lebih efektif

Maklumat lanjut : Kebaikan Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL

__________



HERBA MAHARANI
(Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan)

Ramuan utama - 'Wuji' (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan pelbagai jenis herba Cina yang bernilai.

Fungsi - memperkukuhkan kesihatan, melancarkan peredaran darah dan menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur.

Kesesuaian -
  • Menyihatkan badan dan melegakan keletihan
  • Menyelaraskan masalah ketidakselesaan semasa tempoh haid

Cara pengambilan - 1 pil sekali, 2 kali sehari, ambil bersama air.
__________



CELGYNIC

Celgynic mengandungi telur kuninig, asid lemak dan lain-lain herba. Ia memelihara kulit dan rambut.

Ia tidak mengandungi apa juga bahan racun dan boleh diambil oleh sesiapa saja.

Cara Pengambilan - 2 kali sehari selepas makan dan diambil pada waktu pagi dan waktu malam. Setiap kali 2-4 biji.

Maklumat lanjut : Celgynic

Thursday 15 March 2012

Marine Essence Beauty Bar



HARGA : RM 105.00  
(3 bar x 100g)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

HISHAM 012-5758484

______________


Kulit Cantik Berseri Dengan Satu Bar Kecantikan!
Tampil Yakin Dengan Kulit Sebenar Anda!

Bar kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan anti-oksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar Kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa bagai sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!


______________


Crystal Clear Skin In One Beauty Bar!
Confidently Flaunt Your True Skin!

Marine Essence Beauty Bar is specially formulated to nourish, moisturise and rejuvenate skin.   It is luxuriously blended and enriched with anti-oxidants and natural oils to deliver the best benefits for your skin.

Marine Essence Beauty Bar pampers your skin instantly and leaves it tenderly soft, amazingly hydrated and unbelievably silky smooth to the touch.

Inspired by the organic form of a seashell, its captivating scent so divine that you will be enticed to use Marine Essence Beauty Bar everyday!


Ketahui lebih lanjut mengenai :-



Sunday 11 March 2012

Bio~Ever Nano Cream



HARGA : RM 220.00  
(5oo gm)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

HISHAM 012-5758484

______________


Rahsia Keremajaan Sepanjang Masa

Bio~Ever menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.

Rumusan aktif Bio~Ever dirumuskan ke dalam  liposom (lipid sfera yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil berupaya menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan secara tepat ke dalam badan.

Rumusan Aktif Bio~Ever:

1.       Pegaga (Centella Asiatica)
·         Kaya dengan vitamin A dan C.
·         Menggalakkan penyembuhan luka.
·         Merangsang sintesis kolagen.

2.       Wild Yam (Dioscorea Villosa)
·         Komponen aktifnya, diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
·         Mengawalatur metabolisme
·         Antioksidan dan meregangkan otot.

3.       Kacang Soya (Glycine Soja)
·         Komponen aktifnya, isoflavone boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
·         Membantu masalah endokrin.
·         Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.

______________


Your Ageless Secret

Bio~Ever employs bio-technology system by delivering the goodness of nano-sized ingredients directly to the blood stream via application on the skin.

Active ingredients of Bio~Ever are filled in liposomes (tiny and hollow spheres of lipids) and carried to the places where the body needs them.

The smaller size of liposomes enable the active ingredients to be delivered with great accuracy into the body and release precisely as needed.

Bio~Ever Active Ingredients:

1.       Pegaga (Centella Asiatica)
·         Rich in vitamin A and C.
·         Promotes keratinization and healing.
·         Stimulates synthesis of collagen.

2.       Wild Yam (Dioscorea Villosa)
·         Its active component, diosgenin can be converted into phytohormone with progesterone activity.
·         Regulates metabolism.
·         Antioxidant and muscles relaxing.

3.       Soybean (Glycine Soja)
·         Its active component, isoflavones can be converted into phytohormone with estrogens activity.
·         Helps in endocrine disorders.
·         Assists in collagen synthesis, whitening and moisturizing.



Ketahui lebih lanjut mengenai :-



Thursday 16 February 2012

Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL dengan fungsi Terapi Berteknologi FIR (Far Infrared Rays)



Set Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL terdiri daripada 32 lapisan fabrik AKWATEK dan AKWADYE. Ia disulam tenun dengan bio-material menerusi sutera fiber Chinon yang mengeluarkan Gelombang Inframerah Jauh (Infrared Ray) hasil gabungan kepakaran teknologi Jepun dan Jerman. Set Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL ini diiktiraf oleh Persatuan Tulang Belakang di Amerika Syarikat, Kanada dan Quebec.

Apa itu FIR?

Inframerah (infrared) ialah sinaran elektromagnet yang panjang gelombangnya lebih daripada cahaya nampak dan kurang dari mikrogelombang, iaitu di antara 700 nm dan 1 mm. Ia merupakan spectrum cahaya yang member manfaat kepada badan manusia.


15 Keistimewaan FIR dalan Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL

  1. Membantu membetul dan memulih sistem saraf dalam tubuh badan supaya menjadi lebih teratur.
  2. Membantu membetulkan saluran darah arteri, kapilari dan pembuluh utama iaitu aliran peredaran darah dalam tubuh badan supaya lebih lancer.
  3. Membantu membetul dan memulih sistem pernafasan.
  4. Membantu meningkatkan kadar metabolisme iaitu pertumbuhan dan pemulihan sel (anabolisme) dan makanan dipecahkan (katabolisme).
  5. Membantu mengurangkan lemak, bahan kimia dan toksin serta kandungan asid dalam darah.
  6. Membantu mengeluarkan peluh asid daripada tubuh badan.
  7. Membantu menggalakkan tumbesaran menjadi lebih teratur dan sempurna kerana kapilari memainkan peranan untuk mengagihkan zat ke seluruh organ badan.
  8. Membantu mencegah pertumbuhan bakteria serta menghilangkan kulat dan fungus.
  9. Membantu menghilangkan rasa kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit.
  10. Membantu menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
  11. Membantu membersihkan aliran udara (oksigen) dalam badan.
  12. Membantu mengekalkan kepanasan suhu dalam badan.
  13. Membantu mengekalkan dan meningkatkan kesegaran tenaga dalam badan.
  14. Membantu menjadikan tidur lebih nyenyak dan selesa.
  15. Membantu mengaktifkan air dalam badan.

Terapi berteknologi FIR dalam Rawatan Alternatif


Thermal Therapy menggunakan teknologi FIR merupakan satu kaedah rawatan alternative terkini dalam dunia perubatan antarabangsa. Terapi berteknologi FIR pada Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL terbahagi kepada tiga kategori bentuk rawatan :-

  1. Membersihkan darah daripada toksid dan menukar darah berasid kepada darah berakali rendah.
  2. Merangsang semula sel-sel yang tidak aktif dan lemah untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.
  3. Memperbaiki dan memulihkan ketidakseimbangan sistem saraf autonomi serta menstabilkan organ-organ dalam badan.
Rasailah sendiri kesan serta merta terapi bertenologi FIR dalam Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL.

Saturday 11 February 2012

KEBAIKAN CORSET PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL



Corset Pembentukan Badan Premium Beautiful memberikan beberapa kebaikan dan faedah kepada pemakainya. Antaranya ialah :-

  • Ia dapat membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik serta bentuk badan yang sihat dan seimbang.
  • Ia memberi kesan secara serta merta di bahagian pinggang di mana ukuran badan anda akan berkurangan.
  • Ia dapat memperbaiki bentuk badan dengan membentuk payu dara yang mempesona, pinggang yang lebih ramping dan kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Anda akan merasa kenyang walaupun hanya makan sedikit kerana pemakaian pakaian dalam Premium Beautiful mengurangkan selera makan.
  • Pemakaian Corset Premium Beautiful akan cepat mengurangkan berat badan melalui proses pemampatan dan perpeluhan.
  • Kuasa lateks merangsang urutan secara mikro ketika anda bergerak, dengan itu dapat membantu menurunkan ukuran badan anda.
  • Ia menggalakkan pemulihan bentuk badan selepas bersalin kerana ia meningkatkan keanjalan badan.
  • Ia berupaya memperbetulkan postur dan memperbaiki kadar metabolism.
  • Ia mengurangkan kesakitan bahagian pinggang dengan memperbetulkan kedudukkan tulang belakang.
  • Kombinasi kebaikan tersebut member kesan yang luar biasa serta meningkatkan personaliti dan keyakinan diri.

Bentuklah badan anda dengan Corset Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL. Ia terdiri daripada SHORT BRASSIERELONG BRASSIERE, LONG GIRDLE dan WAIST NIPPER.

Monday 23 January 2012

Celgynic




HARGA  : RM 260.00  
(240 tablets x 0.30g)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

HISHAM 012-5758484

______________


Merangsang Tenaga

Diformulasikan berasaskan Lesitin yang membentuk membran sel badan manusia dan ubat-ubat tradisional Cina lain yang berharga.

Apakah itu Lesitin?
·         Lemak diperoleh daripada kuning telur dan kacang soya, mengandungi fosforus
·         Komponen utama membran sel otak, saraf dan kulit badan manusia
·         Memperbaiki keadaan gula dan tekanan darah yang tidak terkawal, lemak darah yang tinggi, penyakit kardiovaskular, mencegah Alzheimer

Celgynic telah memenangi Anugerah Mencipta dalam Pameran Antarabangsa Paris yang ke-84.

Celgynic jika diambil untuk jangka masa panjang dapat :
·         Memperbaiki, membaharui dan menyusun semula membran sel organ badan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan oksigen lalu menguatkan kesihatan serta tenaga sel badan
·         Merendahkan tahap kolesterol, tekanan darah dan melancarkan sistem peredaran darah
·         Makanan penguat otak yang baik untuk mengaktifkan sel-sel otak, sistem saraf, memperbaiki daya ingatan
·         Mencegah keguguran rambut, awet muda, menghilangkan bintik-bintik hitam dan menyerlahkan kejelitaan
·         Mempercepat penyembuhan luka pada bahagian luar kulit. Boleh digunakan secara luaran untuk luka akibat terlecur, terbakar, tercedera, ruam dan sebagainya

Cara Pengambilan:
·         2 kali sehari selepas makan dan diambil pada waktu pagi dan waktu malam. Setiap kali 2-4 biji.



_______________


Enhances Vital Energy

Formulated with Lecithin which forms the membrane cell of human body and others valuable traditional Chinese herbs.

What is Lecithin?
·         Found in egg yolk and soyabean, contains phophorus
·         Main component of brain, nerves and skin cell membrane of human body
·         Helps to control blood sugar and blood pressure, high blood fat, cardiovascular diseases, prevents Alzheimer

Celgynic had won the Award of 84th International Exhibition in Paris in 1995.

Long term consumption of Celgynic :
·         Repairs, renews and restructures membrane cell in the human body to facilitate nutrients and oxygen absorption, as a result enhances its’ health and vitality
·         Reduces cholesterol, high blood pressure and promotes blood circulation
·         The best health food to invigorate the brain, nervous system and improve memory
·         Prevents hair drop, eliminates face pigmentation to reveal beauty and vibrant skin
·         External healing for light scald, burn, rashes, bleeding injuries and others

Dosage:
·         Twice a day after meal in the morning and night. Each time 2-4 tablets.



Beijing Te Zhi Bai Feng Wan (Herba Maharani)




HARGA  : RM 65.00  
(6 pills x 5g)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

HISHAM 012-5758484

______________


Produk keluaran Beijing Tong Ren Tang yang menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.

Beijing Tong Ren Tang :
·         Tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun
·         Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing
·         Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai “Produk Terkenal di China” pada tahun 1994
·         Diiktiraf sebagai “Spesis Ubat Herba yang Terpelihara” pada tahun 1998

Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan telah mendapat pengesahan HALAL daripada China Islamic Association, Beijing yang diiktirafkan oleh JAKIM, Malaysia.

Fungsi-fungsi Te Zhi Bai Feng Wan :
·         Melancarkan peredaran darah
·         Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid
·         Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
·         Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
·         Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
·         Menyuburkan badan selepas bersalin

Cara pengambilan : 1 pil sekali, 2 kali sehari, ambil bersama air.




_______________


Product of Beijing Tong Ren Tang which combines the goodness of 16 valuable ingredients with essence of black fowl as its main active ingredient.

Beijing Tong Ren Tang :
·         An established company for more than 300 years
·         Sole supplier of medicines to royal family since Qing Dynasty
·         Awarded as “The Most Famous Brand in China” in 1994
·         Recognized as “Medicinal Protected Species” in 1998

Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan obtained the HALAL certificate from China Islamic Association, Beijing which is recognized by JAKIM, Malaysia.

Functions of Te Zhi Bai Feng Wan :
·         Promotes blood circulation
·         Regulates menstruation disorder and discomfort during menstrual
·         Strengthens physical well-being, reduces fatigue
·         Fortifies immune system, strengthens weaken hands and legs
·         Preserves youthfulness and anti-aging
·         Post-partum nourishment

Dosage : 1 pill each time, twice daily; to be taken with warm water.






Order Di Sini, Kami Akan Hubungi Anda

Name:
Email Address:
Phone Number:
Product / Comment:

Put a website form like this on your site.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...